Salam...lama aku tak update entry kt blog. bukan apa, sebelum nie belum ada masa .... sibuk dengan mendidik anak2 bangsa..hehe..tp itu utk sementara saja. skrg aku dh kembali mmegang title suri rumah sepenuh masa....hhmm, bila la semboyan nk berbunyi menyeru utk aku dan rakan-rakan aku berbakti & berkhidmat untuk nusa dan bangsa? .... semangat gitu...hehee
Elok juga sebenarnya aku menghabiskan masa di rumah....sekurang-kurangnya aku dapat merehatkan diri dan bagi sepenuh tumpuan pada usaha untuk conceive...ya, sampai ke tika aku menaip nie mmg aku belum ada rezeki itu. Tapi takpe...pengalaman membuatkan aku semakin bertambah tabah dan kuat menghadapi segala macam serangan yg mendatang...hehehehe....btw, tanpa kekuatan dr Allah swt dan sokongan suami serta keluarga, pasti aku tidak se'positif' macam skrg nie ^_^
Bagi rakan-rakan & wanita yang berhadapan dgn situasi yg lebih kurang sama mcm aku...aku harapkan mereka tabah dan kuat untuk meneruskan hidup. Fikir perkara-perkara yg positif saja....biarkan la apa org sekeliling nk cakap, mereka tu pandai ckp je....tp tak memahami dan mengalami apa yg kita rasa. Kita patut rasa bertuah kerana dipilih Allah utk menerima dugaan dan ujian yang tidaklah sebesar mana berbanding dengan dugaan yg diterima para Anbiya' dahulu. Usahakan segala yang termampu selagi tidak btentangan syarak....sambil tu, bersihkan hati dan rohani kita dgn lebih mendekatkan diri dgn Allah swt....kita diuji sebegini kerana Allah amat merindukan rintihan drpd hambaNya.
Nak bercerita ttg usaha nie memang panjang....3 hari 3 malam pun cerita tak habis, hehehe....tapi sekarang aku lebih rasa tenang dengan apa yang aku lalui...terima kasih Ya Allah...dan aku redha dengan ketentuan yang telah Engkau tuliskan utk kisah hidupku di muka bumiMu ini....ya, sebab aku telah berusaha dan berdoa semampu yang mungkin....selebihnya ku letakkan harapan pdMu...tawakkal dengan rasa penuh rendah hati.....
No comments:
Post a Comment