Friday, April 27, 2012

BERITA BAIK UTK WARGA ISMP IPTA???

Salam Jumaat.... sedang meneroka FB...tiba2 ternampak post yg menarik nie di wall grup Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM). Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM merangkap Menteri Pelajaran dikatakan bakal membuat pengumuman mengenai nasib kami warga ISMP IPTA ini...yelah, kami dh lama menanti result interview dan panggilan p0sting...harap2 ada berita baik di petang Jumaat yang barakah ini.....Ya Allah, permudahkan urusan kami, luaskan pintu rezeki kami..amin...

Wednesday, April 25, 2012

Membilang Hari ^_^

Daisypath Graduation tickers Hehehe.....pastinya bukan aku sorang yang excited untuk menanti tarikh 9 Mei....mesti coursemates aku yang lain pun sama. Masing-masing dah b'siap2 dengan kasut baru, baju baru, bayar yuran konvo, sibuk mencari tempat penginapan utk keluarga dan tak kurang jgk yang perempuan dah booked 'mak andam' untuk kelihatan cantik pd hari tersebut...huhhu...dh mcm nk kawen lak....Pastinya kehadiran photographer2 bertauliah & tak bertauliah yang akan membantu kami mengabadikan kenangan detik2 manis bergelar graduan sulung Pengajian Malaysia dengan Pendidikan....jumpa di sana nanti!!!!

~ Redha ~

Salam...lama aku tak update entry kt blog. bukan apa, sebelum nie belum ada masa .... sibuk dengan mendidik anak2 bangsa..hehe..tp itu utk sementara saja. skrg aku dh kembali mmegang title suri rumah sepenuh masa....hhmm, bila la semboyan nk berbunyi menyeru utk aku dan rakan-rakan aku berbakti & berkhidmat untuk nusa dan bangsa? .... semangat gitu...hehee

Elok juga sebenarnya aku menghabiskan masa di rumah....sekurang-kurangnya aku dapat merehatkan diri dan bagi sepenuh tumpuan pada usaha untuk conceive...ya, sampai ke tika aku menaip nie mmg aku belum ada rezeki itu. Tapi takpe...pengalaman membuatkan aku semakin bertambah tabah dan kuat menghadapi segala macam serangan yg mendatang...hehehehe....btw, tanpa kekuatan dr Allah swt dan sokongan suami serta keluarga, pasti aku tidak se'positif' macam skrg nie ^_^

Bagi rakan-rakan & wanita yang berhadapan dgn situasi yg lebih kurang sama mcm aku...aku harapkan mereka tabah dan kuat untuk meneruskan hidup. Fikir perkara-perkara yg positif saja....biarkan la apa org sekeliling nk cakap, mereka tu pandai ckp je....tp tak memahami dan mengalami apa yg kita rasa.  Kita patut rasa bertuah kerana dipilih Allah utk menerima dugaan dan ujian yang tidaklah sebesar mana berbanding dengan dugaan yg diterima para Anbiya' dahulu. Usahakan segala yang termampu selagi tidak btentangan syarak....sambil tu, bersihkan hati dan rohani kita dgn lebih mendekatkan diri dgn Allah swt....kita diuji sebegini kerana Allah amat merindukan rintihan drpd hambaNya.

Nak bercerita ttg usaha nie memang panjang....3 hari 3 malam pun cerita tak habis, hehehe....tapi sekarang aku lebih rasa tenang dengan apa yang aku lalui...terima kasih Ya Allah...dan aku redha dengan ketentuan yang telah Engkau tuliskan utk kisah hidupku di muka bumiMu ini....ya, sebab aku telah berusaha dan berdoa semampu yang mungkin....selebihnya ku letakkan harapan pdMu...tawakkal dengan rasa penuh rendah hati.....


Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers