Minggu lepas aku telah mendapat keputusan semester akhir pengajian ku....Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kehadratMu Ya Illahi, kerana memberiku ruang dan peluang utk meneruskan pengajian ku selama 4 tahun...mempermudahkan segala urusanku sepanjang bergelar mahasiswa, memberikan ku kelapangan masa utk membahagikan tugas sebagai seorang pelajar, isteri dan anak...syukur Ya Allah.
Terima kasih utk si suami yg telah mengambil alih tugas kedua ibubapa...menanggung pembelajaranku. Dan terima kasih sayang kerana sepanjang hampir 2tahun bergelar suami kepada 'pelajar' ini...abang sentiasa ada di sisi sayang...memberi dorongan, kekuatan semangat utk sayang terus berjuang memperolehi segulung ijazah...sayang akui, ada kalanya sayang mudah patah semangat...namun, kata-kata dan semangat drpd abang telah berjaya menjadikan diri ini kembali kuat utk berjuang menuntut ilmu....terima kasih atas segalanya abang....
Tak lupa buat kedua-dua insan yg banyak berkorban utk diri ini....ibu dan ayah tersayang...terima kasih kerana melahirkan dan memberi yang terbaik utk diri ini....memberi peluang utk kakak melanjutkan pengajian dari satu tahap hingga ke satu tahap...sehingga hari ini...banyak sangat yang abah & mama dah buat utk kakak...kakak rasa tak terbalas setiap jasa dan pengorbanan yang mama & abah dah lakukan....terima kasih juga utk mama & abah kerana menjodohkan kakak dengan suami yang baik......
Terima kasih jua kpd ibu & bapa mertua...yg memahami dan menerima keadaan anakmu ini...yang turut mendoakan kejayaan anakmu ini. Guru-guru...para pensyarah....terima kasih atas segala ilmu yg dicurahkan sepanjang saya berada di merata sekolah dan IPTA...hanya Allah yg dapat membalasnya.
Keluarga...rakan-rakan....terima kasih atas segalanya.....tak dapat dinyatakan satu-satu kerana terlalu banyak yang kita dah lalui bersama....aku mungkin tidak dapat membalasnya satu demi satu...namun setiap kebaikan kalian terhadap diri ini pasti ada balasan yang setimpal daripadaNya.......
salam ziarah
ReplyDeletesalam....trima kasih sudi m'ziarah' blog saya.
ReplyDelete